Followers

Friday, September 18, 2009

Makang lagik

Masak2 time lagik..ahad lepas iaitu pose yg ke-23, aku ajak sepupu dtg bukak pose kat umah..jdknyer aku masak nasi beriani, ikan siakap masak stim, lala masak lemak cili api + kari ayam...pencuci mulut lak kek gula hangus + kek buah...leh la passing2 kat jiran2 skit...

Untuk resepi ikan masak siakap nie, korang leh refer n3 b4 nie k...

Nie lak kari ayam...jap aku tempek resepi...resepi nie dr mak hubby...nk buat cam na..anak dia nk makang cam mak masak...

Bahan2:

8 ketul ayam
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
2 tangkai daun kari
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 biji cengkih
1 biji bunga lawang
3 sudu besar rempah kari ayam - baba's
2 sudu besar serbuk cili
5 sudu santan pekat
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
Sedikit air
1/2 keping asam keping
2 biji ubi kentang - potong 4

Cara2 masak :

1. Tumbuk 3 biji bawang merah, 1 ulas bawang putih dan 1/2 inci halia.
2. Kemudian gaul rempah kari, serbuk cili dan 2 sudu besar santan pekat bersama2 dgn bhn tumbuk (bahan A).
3. Panaskan minyak. Apabila minyak panas, masukkan daun kari, buah pelaga, cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan A. Tumis sehingga naik bau dan rempah garing.
4. Apabila rempah garing, masukkan 3 sudu besar santan pekat.
5. Kemudian tunggu santan masak dan masukkan air secukupnya.
6. Masukkan ayam, ubi kentang, asam keping, garam dan ajinamoto.
7. Masak sehingga pecah minyak.
8. Masukkan cili merah yg dipotong memanjang utk hiasan.

Nasi beriani nie pong korang leh refer kat sini yer..psl b4 nie pong aku ada post dia nyer resepi...

Nie lak lala masak lemak cili api...aku mmg suka masak cam gini utk lala..leh hirup kuah skali...

Bahan2 :

1 kg lala
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
8 biji cili api
1/2 inci belacan
Sedikit daun kunyit - carikkan
4 sudu besar santan pekat
1/2 keping asam keping
Air Secukupnya
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto

Cara2 masak :

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan belacan.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk.
3. Tumis sehingga garing dan naik bau.
4. Masukkan air dan santan pekat.
5. Apabila pecah minyak, masukkan lala, asam keping, garam, ajinamoto dan daun kunyit
6. Masak sehingga lala masak

2 comments:

sis arma said...

Sedapnyer kak ina..mmg kak ina ni pandai masak...nak cuba resepi akak nilah...

KOALAJEPONG said...

idak la ma....akak msk ikut dang je...nt try k

Related Posts with Thumbnails