Followers

Thursday, December 31, 2009

Nasi Dagang

Muahahha...hi semua....pejam celik pejam celik, esok dah nk msk thn baru...apa azam tahun baru korang? aku? ntah la...malas dah nk buat azam...biar je la...kah2...mcm org tk de mission je kan...emmm..kalau ikutkan, dah berzaman aku tk update blog...dah bape kali kena ugut dr my bonzer....

Apa kan daya...ari nie aku gagahkan jgk buat n3...psl nyer kesian dkt kwn2 aku yg duk tanyer resepi....muahaha...tanpa menghampakan permintaan yaya...mc gee..aku tepek jgk resepi nasi dagang k...so cuti new year nie, sila la masak utk hubby masing2...jgn lupa pos kat aku sket...

Nasi Dagang
---------------

Bahan-bahan:
1 kg beras siam wangi
1 genggam beras pulut
1 sudu besar halba - direndam 1-2jam
3 biji bawang merah - dimayang
1 inci halia - diracik halus
1 mangkuk kecil santan pekat (agak2 je la)
Sedikit garam
Sedikit gula
Daun Pandan
Air secukupnya

Cara-cara masak:
1. Rendam sekali beras siam dan beras pulut sekurang2 satu malam atau 8jam sebelum beras hendak dimasak.
2. Panaskan periuk kukusan yang telah dimasukkan air.
3. Susun daun pandan ke dalam periuk kukusan bagi menutupi lubang2 periuk.
4. Masukkan campuran beras siam dan beras pulut ke dalam periuk kukusan.
5. Apabila air menggelegak, kukus beras sehingga keluar wap daripada periuk.
6. Keluarkan nasi daripada periuk dan masukkan ke dalam besen lain.
7. Gaulkan nasi dengan air sehingga air meresap ke dalam nasi.
8. Kukus semula nasi tadi sehingga keluar wap.
9. Masukkan gula dan garam ke dalam santan pekat.
10. Dalam bekas berasingan, letakkan bawang merah, halia dan halba.
11. Setelah masak, keluarkan nasi drpd periuk dan masukkan ke dalam bekas yg mengandungi bawang merah, halia dan halba.
12. Masukkan santan dan gaul sehingga rata. Perasakan.
13. Kukus kembali sehingga masak. Siap untuk dimakan


Gulai Ikan Tongkol
----------------------

Bahan2:
1 ekor ikan tongkol (dipotong kecil2)
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
2 sudu besar rempah gulai nasi dagang
1 sudu besar rempah kari ikan babas
1 1/2 sudu besar serbuk cili
1 mangkuk santan pekat
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
Sedikit air
1/2 keping asam keping
Cili api untuk hiasan
Sedikit kerisik

Cara-cara masak :
1. Tumbuk 5 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, halia, kunyit hidup dan lengkuas.
2. Kemudian gaul rempah gulai nasi dagang, rempah kari, serbuk cili, kerisik dan 1/3 mangkuk santan pekat bersama2 dgn bhn tumbuk (bahan A).
3. Panaskan minyak. Mayang 3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih. Apabila minyak panas, masukkan daun kari, halba campur dan bawang yang telah dimayang. Tumis sehingga naik bau dan masukkan bahan campuran rempah.
4. Apabila rempah garing, masukkan baki santan pekat (kalau nk kurang/lebih, bergantung pd citarasa).
5. Kemudian tunggu santan masak dan masukkan air secukupnya.
6. Masukkan ikan, asam keping, garam dan ajinamoto.
7. Masak sehingga pecah minyak.
8. Masukkan cili api utk hiasan.


Acar Rampai
---------------

Bahan-bahan :
1 biji timun batang
1 biji cili merah
1/2 biji lobak merah
1 biji bawang besar
2 sudu besar jeruk buah anggur
1 sudu besar kismis
Sedikit air kapur
Air cuka
Serbuk Kunyit
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara-cara masak :
1.Potong timun batang nipis2 dan memanjang..buat acar biasa, tebal je kan...nie kasik nipis lg....
2. Potong bulat cili merah, mayang bawang besar dan lobak merah di potong memanjang + nipis2.
3. Selesai semua tue, rendam bhn2 dipotong dlm air kapur sehingga bhn2 ranggup apabila dipatahkan (lbh kurang 1jam la)
3. Toskan dan jemur sehingga agak2 kering air nya (lbh kurang 4-5jam)
4. Masak air cuka dgn serbuk kunyit, garam + gula...perasakan ikut tekak masing2...
5. Sejukkan air cuka...then masukkan bhn2 jemur td + jeruk buah anggur + kismis...gaul rata...
6. Simpan dlm peti sejuk dulu b4 nk mkn...br sedap...dah siap

Dan untuk pengetahuan korang semua, cara aku masak nasi dagang dan gulai ikan tongkol tue...dah tk ikut cara betul...aku nyer nie dah songsang terlebih..muahahha..byk yg aku pinda2 ikut tekak hubby ku yg utara tue...so jdk la versi tnjg malim...muahahha...slamat mencuba yer

No comments:

Related Posts with Thumbnails