Wekend baru nie kami sekeluarga sekadar lepak2 di rumah...time wekend je, mesti pening kepala nk pk nk masak apa kan...bukan senang nk penuhi selera semua org....saya nie walaupon hanya ada 4org dlm umah...tp selera lain2...kena la masak ikut 4 mulut....sop2...
Menu semalam saya masak nasi serai, ikan kembung masak sambal campur, ayam goreng, ikan goreng, sayur pak choy dan sup fish ball & fish cake. Fuhhhh...berderet menunya...exceli nasi serai merupakan percubaan kali ke2....hubby saya mmg suka nasi serai nie...mmg nk update dah lama resepi nasi serai....tp cam biasa la...terperap je la sdhnya...resepi nasi serai sy intai dr umah kak nor secubit garam kat sini...saya ada derhaka skit bahan..mtk ampun ye kak nor...
Nasi Serai
Sumber : Kak Nor Secubit Garam
Resepi : Koalajepong
Bahan2 :
2 1/2 cawan beras
1 biji bawang besar ~ dimayang bulat
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
2 helai daun pandan ~ diikat
4 jenis rempah sekawan
4 btg serai ~ diketuk
1 kiub pati ayam
garam
air secukupnya
1 sudu besar minyak jagung
Cara2 masak :
1. Panaskan minyak jagung dan masukkan bawang besar, bawang putih, daun pandan, 4 jenis rempah sekawan dan serai.
2. Goreng hingga bawang layu dan wangi
3. Masukkan air secukupnya, pati ayam dan garam.
4. Apabila air menggelegak, masukkan beras.
5. Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.
Ikan Kembung Masak Sambal Campur
Resepi : Koalajepong
Bahan2:
3 ekor ikan kembung (sapukan serbuk kunyit dan garam pada ikan dan digoreng)
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
6 biji cili api - dipotong 2
5 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos cli
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
Sedikit air asam jawa
Garam
Ajinamoto
Cara2 masak :
1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk, daun kari, cili api dan halba campur.
3. Apabila garing, masukkan cili boh.
4. Masak sehingga cili boh garing dan naik minyak.
5. Masukkan kesemua sos dan kacau rata.
6. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan ajinamoto.
7. Apabila kuah menggelegak, masukkan ikan.
Sayur Pak Choy
Resepi : Koalajepong
Bahan2:
3 ikat pak choy ~ dipotong sehelai2
6 biji bawang putih - didadu halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu kecil air cuka
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil kicap seasoning (saya guna cap maggi)
Ajinamoto
Cara2 masak :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan sos tiram, kicap, air cuka, minyak bijan, kicap seasoning dan ajinamto.
3. Gaul rata dan masukkan pak choy.
Sup Fish Cake & Fish Ball
Resepi : Koalajepong
Bahan2:
1 batang fish cake ~ dipotong kecil
6 biji fish ball ~ dipotong 3 setiap biji (psssttt...psl kanak2 yg nk mkn...tkt tercekik)
2 biji bawang merah ~ dimayang
2 biji bawang putih ~ diketuk
1/2 kiub pati ayam
Air secukupnya
Cara2 masak :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih hingga layu.
2. Masukkan air secukupnya.
3. Apabila air menggelegak, masukkan pati ayam, fish ball dan fish cake.