Followers

Thursday, March 15, 2012

Ikan Kembung Masak Lada Berserai

Hi semua...tetiba muncul blk saya....hik2...cam sabut pon ada...cam biskut pon ada...nasib2...tk pe la...nk kasi update jgk...bg nmpk ada entry skit kan...mmg rindu sgt nk update...

Saya tiap kali nk masak, mesti pening bagai...tk tau nk masak menu apa dah...masak yg guna santan, asyik failed je...kena komen ngam masterchef kat umah...uhuhuuhu...

Sabtu lepas saya masak menu ikut rasa nk campak bahan...saya letak nama ikan kembung masak lada berserai...hubby ckp rasa ok...alhamdulillah...

Ikan Kembung Masak Lada Berserai
Sumber : Koalajepong

Bahan2 :
3 ekor ikan kembung - digoreng terlebih dahulu (pssstt...hubby cakap kalau tk yah goreng lg ok)
6 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
2 batang serai * (ambk bhgn muda shj)
12 biji cili api kampung * (kalau tk suka pedas, boleh kurangkan)
2 biji cili merah *
2 sudu besar sos thai
1 sudu kecil sos ikan nampla
2 keping asam keping
Garam
Ajinamoto
Air secukupnya

Cara2 masak :
1. Blender semua bahan yg bertanda *.
2. Masukkan minyak masak dan panaskan kuali.
3. Apabila minyak panas, masukkan bahan2 blender.
4. Tumis sehingga garing.
5. Masukkan asam keping, sos thai, sos ikan nampla, garam dan ajinamoto.
6. Gaul rata dan masukkan air secukupnya.
7. Apabila kuah mengelegak, masukkan ikan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails