Followers

Monday, May 10, 2010

Asparagus Daging + Ikan Siakap Masam Manis

Hehehehhe..yg nie pon lauk dah basi..semua dah proses dlm peyot...aku rase aku msk 3 minggu lps jgk nie....

Ikan Siakap Masam Manis
--------------------------------

Bahan2:
1 ekor ikan siakap
2 ulas bawang putih - diketuk
3 ulas bawang merah - dimayang
2 sudu besar cili boh
1 sudu kecil sos tomato
1 sudu kecil sos cili
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
Sedikit air asam jawa
1/2 biji buah tomato - dipotong dadu
5 biji cli api - dipotong bulat
1 biji bawang besar - dipotong bulat
Sedikit daun bawang - untuk hiasan
1 biji cili merah
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto

Cara2 masak :
1. Lumur ikan siakap dengan garam + serbuk kunyit. Kemudian ikan tersebut digoreng hingga masak.
2. Ambil sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan cili boh. Tumis cili boh hingga garing.
4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan.
5. Gaul rata dan biarkan seketika. Kemudian masukkan air asam jawa mengikut keperluan.
6. Masukkan buah tomato, bawang besar, cili api, cili merah, garam dan ajinamoto.
7. Apabila kuah dah masak, curahkan kuah di atas ikan yg telah digoreng td. Taburkan daun bawang yg dipotong pnjg2


Asparagus Daging
----------------------

Bahan2:
1 mangkuk daging - direbus hingga empuk
1 cekak asparagus - dipotong serong
2 ulas bawang putih - diketuk
Sedikit minyak bijan
Sedikit perisa seasoning - cap maggi
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto

Cara2 masak:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan minyak bijan dan seasoning.
3. Masukkan daging dan gaul rata dengan garam serta ajinamoto.
4. Last skali, masukkan asparagus. Kacau sekejap sahaja dan boleh dihidang.

Yg nie saje buat tayangan..ikan grg...muahahaha

No comments:

Related Posts with Thumbnails