Followers

Sunday, January 25, 2009

Resepi pizza

Bagi memenuhi permintaan untuk paparkan resepi piza, ari nie aku dgn rasminyer nk tempek resepi...heheheheh...so apa lg..lps nie leh la korang masak piza k...yg penting skali, korang beli la set kit piza nie...tk rugi tau beli...


PIZZA
--------


Bahan-bahan untuk pastri :

1 bekas square round (saiz 500ml) - tepung high protein / tepung gandum

1 paket yis kering mauripan (11gram)

1 bekas modular mates round 1 / 200ml – air

Sedikit garam dan gula


Caranya :

Masukkan tepung, yis, garam dan gula ke dalam bekas season serve. Gaul rata dan tuangkan air. Gaul hingga menjadi satu doh. Tutup dan biarkan di dalam bekas season serve. Biarkan selama 15-20min sehingga doh naik dua kali ganda.


Topping :

1 biji lada benggala (warna hijau) – di potong dadu / panjang

1 biji lada benggala (warna merah) – di potong dadu / panjang

1 tin cendawan butang – dihiris

1 tin nenas kiub – dipotong dadu

1 botol sos pasta prego

Oregano

250gram cheese mozzarela

Sedikit minyak

Sedikit lada sulah

2 ulas bawang putih – dipotong halus

3 ulas bawang merah - dimayang

Sedikit garam dan gula

Sedikit pati ayam – knorr

Sedikit serbuk cili

3 keping isi ayam (bahagian dada) – dipotong kecil

5 batang sosej – dipotong bulat


Cara memasak pizza :

Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali. Apabila minyak panas, masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan isi ayam dan gaul rata. Masukkan sedikit garam, gula, oregano, lada sulah dan pati ayam knorr. Apabila ayam hampir masak, masukkan sosej. Masak sekejap sahaja.


Doh yang sudah naik dua kali ganda dibahagi kepada 3 bahagian. Sapu permukaan TupperChef Fryer dengan sedikit minyak. Canai satu doh dan ratakan ke dalam Fryer sehingga menjadi pancake sebesar permukaan Fryer.


Sapu sos pasta prego ke atas pastri pizza sehingga rata. Letakkan ayam dan sosej yang telah ditumis sekeliling pastri pizza. Kemudian taburkan cendawan butang, nenas dan lada benggala. Taburkan oregano dan sedikit serbuk lada sekiranya suka pedas. Letakkan cheese mozzarela ke atas pastri pizza tadi.


Tutup Fryer kepada (0) dengan api yang kecil. Masak sehingga anda nampak cheese itu cair dalam 10-15min. Pizza pertama anda mungkin mengambil masa 15-20min, tetapi pizza kedua dan seterusnya hanya memakan masa 10min sahaja untuk masak.

Taaraaaa...nie la set kit pizza dgn rege RM280 utk yg register ahli....actually srg hanya dpt memiliki 1 set sahaja...sebenonyer hanya ahli sahaja yg layak beli...jd ape tgg lg...sign up la skarang...

Yg nie aku masak piza dgn topping tuna pedas...tuna tue aku beli yg tin punyer...kena tumis dulu la ngam bawang...baru sodap skit....tp kan, laki aku tk suka...dia suka topping yg aku biasa buat tue...bg aku, sedap jgk bubuh tuna nie...lain la skit kan...

No comments:

Related Posts with Thumbnails