Followers

Friday, January 1, 2010

Nasi Minyak

Kali nie nk publish resepi nasi minyak lak...nasi minyak nie resepi keluarga la kirenyer....tiap kali ada sedare mare kawen, pakcik aku selalu jdk tukang masak....tp la nie dia dah tk larat...jdknyer pakcik aku arah je..then ada la sepupu2 aku yg tkg masak lak....

Nasi minyak nie pon lbh kurang 1bln gak la aku dah masak..kirenyer nie 2nd time masak...tp tue la..ikhlas ckp, tiap kali masak, mesti ada slack...muahahha...1st time msk, nasi lembik...2nd time, nasi keras lak...3rd time masak, nasi lembik lg..pape la labu..janji leh masuk perut...tp tue la...my hubby mmg tk lalu nk makang nasi lembik...adeh2....

Nasi Minyak
--------------

Bahan-bahan :
3 cawan beras
2 sudu besar susu cair
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar susu pekat
1 biji buah tomato - dipotong 4
Sedikit garam
1 inci halia - diketuk
2 biji cengkih
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang beser - dimayang bulat
1 sudu besar mentega / 1 sudu besar minyak sapi Ghee
1 sudu besar minyak masak
Daun Pandan
Air secukupnya
Bawang merah - dimayang dan digoreng untuk hiasan

Cara-cara masak :
1. Panaskan minyak dengan minyak sapi Ghee/mentega
2. Apabila minyak panas, masukkan halia, cengkih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, daun pandan dan bawang besar.
3. Tumis sehingga naik bau.
4. Kemudian masukkan susu cair, susu pekat, sos tomato dan buah tomato.
5. Apabila sebati, masukkan garam dan air secukupnya mengikut sukatan beras.
6. Apabila menggelegak, masukkan beras,
7. Apabila nasi hampir kering, masukkan kismis.
8. Semasa menghidang nasi, boleh tabur bawang goreng sebagai hiasan (kasik wangi)

Dalca Daging
----------------

Bahan-bahan :
1/2 kg daging - dipotong kecil2
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
2 tangkai daun kari
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 biji cengkih
1 biji bunga lawang
2 1/2 sudu besar rempah kari ayam baba's
1 1/2sudu besar serbuk cili
1 mangkuk kecil santan pekat
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
Sedikit air
1/2 keping asam keping
2 biji ubi kentang - potong 4
Dalca - direbus
3 urat kacang panjang
2 biji terung bulat - dipotong 4
1 batang lobak merah - dipotong
2 biji cili merah

Cara-cara masak :
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Kemudian gaul rempah kari, serbuk cili dan separuh mangkuk santan pekat bersama2 dgn bhn tumbuk (bahan A).
3. Panaskan minyak. Apabila minyak panas, masukkan daun kari, buah pelaga, cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan A. Tumis sehingga naik bau dan rempah garing.
4. Apabila rempah garing, masukkan lebihan santan pekat (Ikut selera la samada nk bubuh lbh atau kurang santan dr sukatan aku kasik k. Psl hubby tk suka byk santan).
5. Kemudian tunggu santan masak dan masukkan air secukupnya.
6. Masukkan ayam, dalca, ubi kentang, asam keping, garam dan ajinamoto (tp kan, masa aku masak nie, lupa nk beli dalca..ngok ngek sgh la...eksen je la lbh nama dalca tue...muahahha)
7. Masak sehingga pecah minyak.
8. Apabila kuah hampir masak, masukkan terung, kacang panjang dan lobak merah.
9. Masukkan cili merah yg dipotong memanjang utk hiasan.

Ayam goreng nie lak...korang mesti tau nk perap mcm mana kan....aku just buh serbuk kunyit, garam + air cuka skit....perap kejap then goreng...masa letak minyak masak tue, taruk asam keping @ ketuk bawang putih....tue petua mak aku la....tk nak kasik ayam melekat masa menggoreng....

Yg nie lak sup tulang...kebetulan masa nk mkn tue, jiran blkg umah aka kak nor kasik...mekasih yer kak nor....mmg giler melantak la kami masa tue...semua tue aku masak time wekend je la...except sup tulang nie k....tp la nie dah insap skit la..ari keje pon aku dah masak blk...bulan nie giler sesak...psl nyer byk btl agenda nyer....duit cam air terjun je...uhuhuuh...

Mudah2an sempena tahun baru nie, rezeki kami sekeluarga akan bertambah2...amin

No comments:

Related Posts with Thumbnails