Followers

Monday, June 28, 2010

Kek Marble

Uhuuhuhuh...i muncul balik setelah lama menyepi....mmg mood nk berblog ilang hbs la masa dlm pantang nie....ari nie aku nk berkongsi resepi kek marble yg aku dpt dr umah en. mat gebu ..mekasih yer en. mat....kek nie mmg sodap la...hubby suka sgt...tp mtk maaf yer...kek nyer aku buat 1 bln kot b4 nk banak ari tue...punya lama aku peram kan...saje letak dlm blog, nt senang nk refer utk akan dtg...

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 g mentega
155 g tepung naik sendiri (self-raising flour)
2 biji telur, dipukul sedikit
100 g gula halus
125 g cooking chocolate
1 camca teh esen vanilla
80 ml susu segar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin kek dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas, lenser juga kertas tadi. Cairkan coklat masakan secara kaedah double-boiler. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula hingga putih. Tambah telur dan terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, putar rata.
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung selang seli dengan susu segar, hingga habis, kacau rata. Bagi adunan pada 2 bahagian, 1 biar pada asal dan 1 lagi bancuh dengan coklat yang telah dicairkan tadi. Kacau rata.
  4. Tuang berselang seli antara adunan biasa dengan adunan bercoklat, buat hingga habis. Lorekkan dengan hujung pisau 2 - 3 pusingan. Bakar 40 - 45 minit atau hingga masak, sejukkan atas jaringan dan hias ikut kreativiti masing2...


2 comments:

moklong said...

bakpe x tggl ke aku sket mc na...

KOALAJEPONG said...

hahhaha...tinggal loyang je ke mu long....ala..nt mu wat la...

Related Posts with Thumbnails