Followers

Showing posts with label cup cake. Show all posts
Showing posts with label cup cake. Show all posts

Tuesday, April 26, 2011

Red Velvet Cup Cake

Exceli dah lama aku tingin nk wat red velvet nie..asalnyer nk wat kek...tp bila godek peti ais, cream cheese tk ckp lak..so tkr ke cup cake...aku try n error masa selasa lps..punyer berzaman nk update kan..tue pon byk benda yg tk sempat letak kat sini...adeh2..angin kus2 asyik dtg je...

Resepi aku cedok dr joyofbaking dan juga kak hana...korang leh la intai2 kat situ ye...aku buat 2 adunan dr adunan asal...alhamdulillah....dr feedback yg ditrima dr kwn2, rasa ok...cuma aku tk bape puas hati tang kek yg melimpah ruah smpi ke tepi...aku mmg tk reti nk agak masa letak adunan...ada setgh tue letak separuh dah ok...or 3/4 ke...kwn2 yg ada tips, leh la share ye...

Red Velvet Cup Cake
Sumber : Joyofbaking & Kak Hana

Bahan2 :
250gram @ 2 1/2 cawan tepung kek
3 sudu besar serbuk koko van hauten
114gram @ 1/2 cawan mentega
300gram @ 1 1/2 cawan gula kastor
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada, ikut cara di bawah
1 1/2 sudu besar pewarna merah (pewarna merah tk ckp lak..letak takat ada je la)
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara2 :
1. Cara penyediaan buttermilk : Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15 minit sehingga susu jadi agak pekat (tapi aku nyer tk pekat pon..uhuhuhu).
2. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
3.Ayak tepung kek dengan serbuk koko.
4. Pukul mentega selama 1-2 minit hingga lembut.
5. Masukkan gula dan pukul hingga ringan (lbh kurang 2-3 minit).
6. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
7. Kemudian masukkan esen vanila dan pukul hingga sebati.
8. Dalam bekas lain, satukan buttermilk dengan pewarna merah. Kacau hingga sebati.
9. Dengan kelajuan perlahan, masukkan tepung dan buttermilk secara berselang seli ke dalam adunan mentega sebanyak 3x (tepung,buttermilk, tepung, buttermilk, tepung).
10. Dalam bekas lain, satukan cuka dan soda bikarbonat hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balik hingga sebati.
11. Tuang adunan kek ke dalam kertas cawan. Bakar selama 25minit (bergantung kepada oven masing2).
12. Apabila cup cake masak, sejukkan dahulu. Kemudian boleh hias dengan cream cheese frosting.
13. Taburkan sedikit kek ke atas cream cheese frosting.

Cream Cheese Frosting

Bahan2 :
226gram cream cheese
1/2 sudu kecil esen vanila
60gram gula ising (diayak)
160ml whipping cream
1 sudu kecil susu segar

Cara2 :
1. Pukul cream cheese hingga kembang.
2. Masukkan gula ising. Pukul hingga lembut dan warna bertukar menjadi putih.
3. Kemudian masukkan susu segar dan esen vanila. Pukul hingga sebati.
4. Masukkan whipping cream dan pukul hingga frosting is thick enough.
5. Bleh deco atas cup cake dengan memasukkan cream cheese frosting ke dalam paper bag beserta saiz nozel yg sesuai.

Tuesday, April 5, 2011

Chocolate Cup Cake

Kali nie rajin lak aku nk bersiaran...mood tgh ada...hehhehe...ari sabtu baru nie aku try buat chocolate cup cake with buttercream deco...bkn apa...bln 3 ari tue aku ada join kelas deco guna buttercream...so nie la br ada kesempatan nk praktis ilmu yg cikgu bagi..uhuhuuh..psl kelas tue...nt ada masa, aku cite ok...

Resepi chocolate cup cake aku c&p dr umah kak yati...mekasih ye kak...mmg happening la try resepi dr blog kak yatie..stakat nie menjadi la..cuma tang gula aku kurangkan...aku buat dlm 1 1/2 adunan...so leh dpt dlm 50biji cup cake...

Chocolate Cup Cake
Sumber : Yatie's Cooking

Bahan - bahan:
300g tepung (450g tepung)
350g gula
1/2 cwn serbuk koko (3/4 cwn serbuk koko)
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (2 1/4 sudu kecil soda bikarbonat)
1/2 cwn butter (3/4 cwn butter)
2 sudu kecil esen vanilla (3 sudu kecil esen vanilla)
1 1/2 cwn susu segar (2 1/4 cwn susu segar)
* 2 biji telur (3 biji telur)

Cara - cara:
1. Campurkan kesemua bahan (Kecuali *) dlm mangkuk. Pukul dgn kelajuan rendah pada permulaan untuk sebatikan adunan. Kemudian pukul dengna kelajuan tinggi lebih kurang selama 2 minit.
2. Lepas itu tambah telur & pukul dgn kelajuan tinggi selama 2 minit lagi.
3. Sudukan adunan dlm mangkuk atau bekas cupcakes & masak mengikut kesesuaian oven masing-masing (aku msk dlm 25min ngam suhu 170c).

Buttercream
Sumber : Cikgu Adibah

Bahan-bahan :
750gram cream well
500gram gula ising
250gram mentega/marjerin

Cara-cara :
1. Pukul cream well dan mentega hingga kembang.
2. Ayak gula ising semasa hendak digunakan.
3. Masukkan gula ising. Pukul hingga warna jdk putih dan kembang.
4. Letakkan warna ikut pd kreativiti masing2.


Related Posts with Thumbnails