Followers

Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Monday, December 12, 2011

Nasi Kuning Berayam

Hari sabtu baru nie saya masak nasi kuning berayam untuk makan tengahari bersama2 ayam masak merah dan sup tulang...semua nie diminta oleh suami...memandangkan suami saya kerja pada hari tersebut, jdknya saya masak lmbt skit...makan tengahari pon dah dkt 4.30pm...muahahha...makan malam pon menu yg sama...jimat masa dan tenaga lagik...

Boleh rujuk sini untuk resepi nasi kuning biasa...di Terengganu, nasi kuning merupakan menu yg biasa dan mudah kalau nk cari...biasanya kat sana makan dengan gulai ikan...tp saya tukarkan lauk-pauknya mengikut anak tekak..hik2...smpi kan lupa nk buat acar timun...tk pe la..kita mkn aje apa yg ada...

Nasi Kuning Berayam
Resepi : Koalajepong

Bahan2 :
3 cawan beras siam - dibasuh dan ditoskan
5 ketul kecil ayam
1 biji bawang besar - dimayang *
2 inci halia - diketuk *
1 batang serai - diketuk *
2 helai daun pandan - disimpul *
1 kuntum bunga lawang *
3 biji cengkih *
3 biji buah pelaga *
1 batang kulit kayu manis *
Air secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Garam
1/3 kiub ayam knorr
1 sudu besar minyak masak

Cara2 masak :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda * smpi naik bau.
2. Kemudian masukkan air secukupnya mengikut sukatan beras.
3. Masukkan garam, serbuk kunyit, kiub ayam knorr dan ayam.
4. Apabila air mengelegak, masukkan beras.
5. Masak sehingga beras masak dan kering.

Sup tulang salah satu antara lauk yg digandingkan dengan nasi kuning berayam...boleh rujuk kat sini...tp kali nie saya letak tulang lbh skit...so bhn2 untuk rencah, boleh lebihkan skit...

Yang ni lak ayam masak merah...semua org pon tau masak lauk yg simple nie...boleh refer kat sini kalau nk tgk resepi k...

Monday, August 23, 2010

Asam Pedas Ayam


Kerutub Ayam

Exceli aku dah bunti nk masak ayam nie..psl tiap2 ari ada menu ayam..last2 call mak tanyer resepi kerutun ayam..dah lama tk msk kerutub..last skali masa bujang...hahahha..yg nie pon menu utk ari ke11 pose...

Kerutub Ayam

Bahan2 tumbuk:
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2cm halia
1cm lengkuas
2cm kunyit hidup
2 batang serai
2cm belacan

Bahan2:
12 ketul ayam
2 sudu besar rempah kari ayam baba's (kalau ada rempah kerutub lg bgs)
5 sudu besar santan pekat
3 sudu besar cili boh
1 sudu besar kerisik
1 batang serai - diketuk
2 bji cili hijau - dipotong 3
2 biji bawang besar - dipotong 4
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
Sedikit air
Sedikit air asam jawa

Cara2 masak:
1. Gaul rempah kari ayam, 2 sudu besar santan pekat dan bahan tumbuk.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yg digaul sehingga naik bau serta rempah garing.
3. Kemudian masukkan cili boh, kerisik dan serai.
4. Apabila cili boh masak, masukkan baki santan pekat.
5. Kemudian tunggu santan masak dan masukkan air asam jawa.
6. Masukkan air secukupnya.
7. Selepas itu, masukkan ayam, garam dan ajinamoto.
7. Masak sehingga pecah minyak.
8. Masukkan cili hijau yg dipotong memanjang dan bawang besar utk hiasan.

Friday, August 20, 2010

Ayam Sambal Marvellous

Uhuhuuh...bulan pose nie mmg mencabar btl la nk masak..psl dah buntu nk msk ape utk bukak poser + sahur...mmg kekeringan idea...dah la hubby byk yg dia kena pantang lately psl kena gout...so pilihan yg ada hanyalah ayam dan telur...hubby suh je aku msk lauk yg aku nk mkn..tp tahap kemalasan + penat utk msk lauk utama byk jenis...

So ari tue aku ada jupe resepi ayam msk marvellous dkt umah kak dayang jack (DJ)...so utk bukak pose ari ke7, aku msk lauk nie...hubby kata sedap sgt...heheheh..dia suka la tue...tp aku ada ubah2 skit la cara msk ikut cara aku....kalau nk tgk resepi asal, leh tgk sini k..mtk ampun yer kak DJ...

Ayam Masak Marvellous

Bahan2:
6 ketul ayam - digoreng terlebih dahulu
2 sudu besar cili boh
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil kicap manis
1 sudu besar rempah kari ayam
2 tangkai daun kari
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
Air asam jawa

Bahan2 tumbuk :
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1cm halia
1 batang serai
1 biji cili merah
1cm belacan

Cara2 masak:
1. Bahan tumbuk digaul rata dengan rempah kari ayam (bahan A).
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan A dan daun kari.
3. Tumis sehingga garing dan pecah minyak.
4. Masukkan cili boh dan tumis sehingga cili masak.
5. Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis, garam dan ajinamoto.
6. Kacau sebentar dan masukkan air asam jawa serta air secukupnya.
7. Last skali masukkan ayam dan gaul hingga rata.


Thursday, August 19, 2010

Ayam Masak Merah

Lps balik dari sogo tue, smpi2 umah iyad mengamuk sakan...susu badan lak dah tk de..kering sudah...sian plak dkt iyad..kalau aku tau, aku tk poser...bg susu tepung pon tk nk..masa nie tk tau lg dia tk bo minum dah susu dutch lady...tgg next entry aku cite detail k...

So lmbt jgk la aku leh msk petang tue...mujur ada baba pujuk iyad...iyad tertido kat atas bahu baba je...lotih nagis gamaknyer...dkt2 kul 6pm br aku leh msk dapur...ngam ujan lebat lg masa tue...demi my hubby, ku redah jgk kuar umah ambk serai...

Petang tue aku masak nasi kuning, ayam msk merah + sup sayur...jom layan...

Ayam Masak Merah

Bahan2:


7 ketul ayam - digoreng terlebih dahulu (digaul dengan serbuk kunyit, garam & air cuka)
1 batang serai dititik
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 inci halia - ditumbuk
2 sudu besar cili mesin
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
1 biji cili merah - belah 3

Cara2 masak:
1. Panaskan minyak ke dalam kuali. Apabila minyak panas, masukkan bawang merah, halia dan bawang putih yg telah ditumbuk bersama.
2. Masukkan serai dan tumis sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan cili mesin dan tumis sehingga garing.
4. Apabila cili mesin garing, masukkan sos tomato dan sos cili.
5. Masukkan garam dan ajinamoto.
6. Kemudian apabila sos garing, masukkan air asam jawa secukupnya.
7. Masukkan ayam dan gaul rata.
8. Last skali, taruk cili merah untuk hiasan.


Monday, February 22, 2010

Ayam Berlada Hitam

Exceli semua nie aku dah msk lama berkurun...tp cam beser la...mood nk update tue malas tul...jdknyer bg nmpk umah aku berseri skit, aku load jgk la gambo2 makanan nie...saje nk bg terapi kat korang semua...biar la msk tk sedap pong...muahahaha....

Ayam Berlada Hitam
-------------------------

Bahan2 :
6 - 8 ketul ayam
Sedikit serbuk kunyit
Garam
Sedikit air cuka
Minyak masak
1 biji bawang besar - dimayang bulat
2 ulas bawang putih - dihiris panjang
1/2 inci halia - dhiris panjang
1 biji cili merah - dipotong bulat
3 biji cili api - dihiris panjang
1 sudu kecik lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu kecil madu
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil kicap manis
Sedikit ajinamoto

Cara2 masak :
1. Perap ayam dengan serbuk kunyit, garam dan air cuka.
2. Panaskan minyak dan apabila minyak panas, masukkan ayam. Goreng ayam dlm 1/2 masak.
3. Angkat ayam dan ketepikan.
4. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia.
5. Apabila naik bau, masukkan kicap, sos tiram, madu, lada hitam dan sedikit ajinamoto.
6. Masukkan ayam dan gaul rata.
7. Kemudian masukkan cili api, bawang besar dan cili merah.
8. Gaul rata dan boleh hidang (pssttt...garam aku dah tk bubuh psl dah taruk kicap + garam masa ayam digoreng awl2 td...depends kat korang la nk tmbh lg garam)


Kari Ikan Bawal
-------------------

Bahan2:
1 ekor ikan bawal (dipotong kepada 3 bahagian)
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
2 sudu besar rempah kari ikan babas
1 sudu besar serbuk cili
1 mangkuk santan pekat
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
Sedikit air
1/2 keping asam keping @ sedikit air asam jawa
5 biji kacang bendi

Cara2 masak :
1. Tumbuk 3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih.
2. Kemudian gaul rempah kari, serbuk cili dan 1/3 mangkuk santan pekat bersama2 dgn bhn tumbuk (bahan A).
3. Panaskan minyak. Mayang 2 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih. Apabila minyak panas, masukkan daun kari, halba campur dan bawang yang telah dimayang. Tumis sehingga naik bau dan masukkan bahan campuran rempah.
4. Apabila rempah garing, masukkan baki santan pekat (kalau nk kurang/lebih, bergantung pd citarasa).
5. Kemudian tunggu santan masak dan masukkan air secukupnya.
6. Masukkan ikan, asam keping, garam dan ajinamoto.
7. Masak sehingga pecah minyak.
8. Masukkan kacang bendi dan siap untuk dihidang.

Acar Kobis
------------

Bahan2 :
1/3 biji kobis manis (bulat kecil) - dipotong halus
2 biji bawang merah - dimayang
3 biji cili api - dipotong bulat
1 biji cili merah - dipotong bulat
Sedikit air cuka
Sedikit garam & gula

Cara2 masak :
1. Gaul semua bahan dan perasakan.
2. Simpan dalam peti ais sebelum makan.


Friday, January 1, 2010

Nasi Minyak

Kali nie nk publish resepi nasi minyak lak...nasi minyak nie resepi keluarga la kirenyer....tiap kali ada sedare mare kawen, pakcik aku selalu jdk tukang masak....tp la nie dia dah tk larat...jdknyer pakcik aku arah je..then ada la sepupu2 aku yg tkg masak lak....

Nasi minyak nie pon lbh kurang 1bln gak la aku dah masak..kirenyer nie 2nd time masak...tp tue la..ikhlas ckp, tiap kali masak, mesti ada slack...muahahha...1st time msk, nasi lembik...2nd time, nasi keras lak...3rd time masak, nasi lembik lg..pape la labu..janji leh masuk perut...tp tue la...my hubby mmg tk lalu nk makang nasi lembik...adeh2....

Nasi Minyak
--------------

Bahan-bahan :
3 cawan beras
2 sudu besar susu cair
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar susu pekat
1 biji buah tomato - dipotong 4
Sedikit garam
1 inci halia - diketuk
2 biji cengkih
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang beser - dimayang bulat
1 sudu besar mentega / 1 sudu besar minyak sapi Ghee
1 sudu besar minyak masak
Daun Pandan
Air secukupnya
Bawang merah - dimayang dan digoreng untuk hiasan

Cara-cara masak :
1. Panaskan minyak dengan minyak sapi Ghee/mentega
2. Apabila minyak panas, masukkan halia, cengkih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, daun pandan dan bawang besar.
3. Tumis sehingga naik bau.
4. Kemudian masukkan susu cair, susu pekat, sos tomato dan buah tomato.
5. Apabila sebati, masukkan garam dan air secukupnya mengikut sukatan beras.
6. Apabila menggelegak, masukkan beras,
7. Apabila nasi hampir kering, masukkan kismis.
8. Semasa menghidang nasi, boleh tabur bawang goreng sebagai hiasan (kasik wangi)

Dalca Daging
----------------

Bahan-bahan :
1/2 kg daging - dipotong kecil2
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
2 tangkai daun kari
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 biji cengkih
1 biji bunga lawang
2 1/2 sudu besar rempah kari ayam baba's
1 1/2sudu besar serbuk cili
1 mangkuk kecil santan pekat
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
Sedikit air
1/2 keping asam keping
2 biji ubi kentang - potong 4
Dalca - direbus
3 urat kacang panjang
2 biji terung bulat - dipotong 4
1 batang lobak merah - dipotong
2 biji cili merah

Cara-cara masak :
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Kemudian gaul rempah kari, serbuk cili dan separuh mangkuk santan pekat bersama2 dgn bhn tumbuk (bahan A).
3. Panaskan minyak. Apabila minyak panas, masukkan daun kari, buah pelaga, cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan A. Tumis sehingga naik bau dan rempah garing.
4. Apabila rempah garing, masukkan lebihan santan pekat (Ikut selera la samada nk bubuh lbh atau kurang santan dr sukatan aku kasik k. Psl hubby tk suka byk santan).
5. Kemudian tunggu santan masak dan masukkan air secukupnya.
6. Masukkan ayam, dalca, ubi kentang, asam keping, garam dan ajinamoto (tp kan, masa aku masak nie, lupa nk beli dalca..ngok ngek sgh la...eksen je la lbh nama dalca tue...muahahha)
7. Masak sehingga pecah minyak.
8. Apabila kuah hampir masak, masukkan terung, kacang panjang dan lobak merah.
9. Masukkan cili merah yg dipotong memanjang utk hiasan.

Ayam goreng nie lak...korang mesti tau nk perap mcm mana kan....aku just buh serbuk kunyit, garam + air cuka skit....perap kejap then goreng...masa letak minyak masak tue, taruk asam keping @ ketuk bawang putih....tue petua mak aku la....tk nak kasik ayam melekat masa menggoreng....

Yg nie lak sup tulang...kebetulan masa nk mkn tue, jiran blkg umah aka kak nor kasik...mekasih yer kak nor....mmg giler melantak la kami masa tue...semua tue aku masak time wekend je la...except sup tulang nie k....tp la nie dah insap skit la..ari keje pon aku dah masak blk...bulan nie giler sesak...psl nyer byk btl agenda nyer....duit cam air terjun je...uhuhuuh...

Mudah2an sempena tahun baru nie, rezeki kami sekeluarga akan bertambah2...amin

Friday, September 18, 2009

Makang lagik

Masak2 time lagik..ahad lepas iaitu pose yg ke-23, aku ajak sepupu dtg bukak pose kat umah..jdknyer aku masak nasi beriani, ikan siakap masak stim, lala masak lemak cili api + kari ayam...pencuci mulut lak kek gula hangus + kek buah...leh la passing2 kat jiran2 skit...

Untuk resepi ikan masak siakap nie, korang leh refer n3 b4 nie k...

Nie lak kari ayam...jap aku tempek resepi...resepi nie dr mak hubby...nk buat cam na..anak dia nk makang cam mak masak...

Bahan2:

8 ketul ayam
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
2 tangkai daun kari
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 biji cengkih
1 biji bunga lawang
3 sudu besar rempah kari ayam - baba's
2 sudu besar serbuk cili
5 sudu santan pekat
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
Sedikit air
1/2 keping asam keping
2 biji ubi kentang - potong 4

Cara2 masak :

1. Tumbuk 3 biji bawang merah, 1 ulas bawang putih dan 1/2 inci halia.
2. Kemudian gaul rempah kari, serbuk cili dan 2 sudu besar santan pekat bersama2 dgn bhn tumbuk (bahan A).
3. Panaskan minyak. Apabila minyak panas, masukkan daun kari, buah pelaga, cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan A. Tumis sehingga naik bau dan rempah garing.
4. Apabila rempah garing, masukkan 3 sudu besar santan pekat.
5. Kemudian tunggu santan masak dan masukkan air secukupnya.
6. Masukkan ayam, ubi kentang, asam keping, garam dan ajinamoto.
7. Masak sehingga pecah minyak.
8. Masukkan cili merah yg dipotong memanjang utk hiasan.

Nasi beriani nie pong korang leh refer kat sini yer..psl b4 nie pong aku ada post dia nyer resepi...

Nie lak lala masak lemak cili api...aku mmg suka masak cam gini utk lala..leh hirup kuah skali...

Bahan2 :

1 kg lala
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
8 biji cili api
1/2 inci belacan
Sedikit daun kunyit - carikkan
4 sudu besar santan pekat
1/2 keping asam keping
Air Secukupnya
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto

Cara2 masak :

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan belacan.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk.
3. Tumis sehingga garing dan naik bau.
4. Masukkan air dan santan pekat.
5. Apabila pecah minyak, masukkan lala, asam keping, garam, ajinamoto dan daun kunyit
6. Masak sehingga lala masak

Sunday, June 21, 2009

Hari Bapa

1st of all, aku nk wish slamat ari bapa utk baba cyg...dan juga utk aboh ku, aboh mertua ku dan semua insan yg bergelar bapa...Semoga dpt menjalankan tanggungjwb dgn baik dan penuh dgn kepimpinan...

Sempena ari bapa nie, aku msk nasi beriani dengan ayam msk merah, popodum dan ikan goreng...Yg nie pong request dr baba...long, abg bob dok jemu2 nk makang nasi beriani...aku doh jd cam org arab doh...muahahha...ingatkan nk wat gulai daging, tp lembu dok dang sembelih lg..hahahha...

Bahan2 nasi beriani :

700gram beras - crk yg sesuai cth mongol, basthmati

1 biji bawang besar - dimayang

1 kuntum bunga lawang

1 batang kulit kayu manis

3 biji cengkih

3 biji buah pelaga

1 sudu besar minyak sapi GHEE

1 batang serai - dititik

2 sudu besar rempah beriani
Daun pandan

2 biji bawang putih - ditumbuk

1 inci halia - ditumbuk

1/4 tin susu cair

Air - mengikut sukatan beras

Sedikit garam
Sedikit gula

Daun ketumbar


Cara2 msk nasi beriani :


1. Masukkan minyak sapi GHEE. Apabila minyak panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih, bawang besar, daun pandan dan serai.

2. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah ditumbuk bersama.
3. Masukkan rempah beriani dan tumis hingga garing.

4. Tuangkan air mengikut sukatan beras dan susu cair.

5. Masukkan sedikit garam dan tunggu sehingga air mengelegak. Apabila air mengelegak, masukkan beras yg telah dibasuh terlebih dahulu.

6. Apabila nasi hampir kering, masukkan sedikit gula bertujuan untuk melembutkan beras.

7. Apabila nasi masak, masukkan daun ketumbar.


Bahan2 ayam masak merah :

Ayam - digoreng
1 sudu besar minyak spai GHEE
1 batang serai dititik
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 inci halia - ditumbuk
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar tomato puri
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
Sedikit gula melaka/nisan
1 biji buah tomato - dipotong 6
1 biji cili merah - belah 3

Cara2 masak ayam masak merah :
1. Panaskan minyak sapi ke dalam kuali. Apabila minyak panas, masukkan bawang merah, halia dan bawang putih yg telah ditumbuk bersama.
2. Masukkan serai dan tumis sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan cili mesin dan tumis sehingga garing.
4. Apabila cili mesin garing, masukkan sos tomato, sos cili dan tomato puri.
5. Masukkan garam, gula melaka/nisan dan ajinamoto.
6. Kemudian apabila sos garing, masukkan air asam jawa secukupnya.
7. Masukkan ayam dan gaul rata.
8. Last skali, taruk buah tomato dan cili merah.
Related Posts with Thumbnails