Followers

Monday, June 29, 2009

Menu Tengahari Ahad


Tengahari semlm (ahad), aku msk nasi kuning bersama dgn lauk ayam msk merah, sup tulang + kerabu kangkung...exceli kerabu kangkung nie husband dah request last wekend, tp disbbkan nyanyuk nk beli kangkung, minggu nie br leh msk...

Lauk kerabu kangkung nie 1st trial la...b4 nie selalu makang kat dapur siam je...lauk nie mmg peberet husband aku...tiap2 kali mkn dkt dapur siam, mesti dia order lauk nie...cam jdk lauk wajib lok...Siapa2 yg biasa makang lauk ni kat dapur siam, mesti tau la...hehhhe

Nasi Kuning
--------------

Bahan2 :

2 cawan beras - dibasuh & toskan
1 biji bawang besar - mayang bulat
1 batang serai - diketuk
2 inci halia - diketuk
Daun pandan - aku tk taruk sbb tk de
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
1 batang kulit kayu manis
1 sudu besar minyak sapi Ghee/minyak masak
Air secukupnya
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit

Cara2 msk :

1. Masukkan minyak sapi GHEE. Apabila minyak panas, masukkan bahan tumis seperti kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih, serai, bwg besar, halia dan daun pandan.
2. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan air secukupnya mengikut sukatan beras.
3. Masukkan sedikit garam dan serbuk kunyit.
4. Apabila air mengelegak, masukkan beras.
5. Masak sehingga beras masak dan kering. Siap dah, leh makang

Kerabu Kangkung
---------------------

Bahan2 :

1 keping ayam - dipotong dadu
8 ekor udang
1 ekor sotong - aku tk taruk psl time nk beli, bkn takat bapak sotong...anak sotong pon tk de kat pasar...uhuhuhu
1/2 ikat kangkung - dipotong kecik2
1 mangkuk tepung beras
1 biji telur ayam
Sedikit garam
Air kapur
Sos kopok
Air perahan lemon
Minyak masak

Cara2 masak :

1. Campurkan tepung beras, garam dan telur ke dalam mangkuk. Kacau rata.
2. Masukkan air kapur iaitu campuran sedikit kapur makan dengan air. Gaul sehingga agak2 sederhana pekat di mana bila nk grg, tepung masih melekat pd bhn yg nk dimsk...
3. Masukkan minyak masak dan apabila minyak dah panas, masukkan ayam ke dalam adunan tepung td. Celup dan goreng hingga masak.
4. Ulang cara yg sama untuk sotong, udang dan kangkung.
5. Manakala utk sos pula, masukkan sos keropok dan perah air perahan lemon.
6. Tabur ayam, sotong,udang dan kangkung yg telah siap digoreng.
7. Bagi yg tk de sos kopok, leh masak sendiri k...aku kasik resepi kat sini

Sos kopok
------------

Bahan2 :

2 sudu besar cili boh
1/2 keping gula melaka - ikut citarasa
sedikit garam
Air asam jawa

Cara2 masak :

1. Masukkan semua bahan2 di atas dan masak sehingga pekat.

Sup Tulang
--------------

Bahan2 :

1 kilo tulang lembu
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 sudu kecil lada hitam
2 inci halia
1 paket sup bunjut tulang adabi
1 1/2 kiub stok ayam knorr
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
Daun sup & daun bawang - dipotong halus
Air

Cara2 msk :

1. Tumbuk bawang merah, 2 ulas bawang putih dan lada hitam hingga lumat.
2. Ketuk 2 ulas bawang putih dan halia.
3. Masukkan minyak masak untuk menumis. Apabila minyak panas, masukka bhn tumbuk dan 1 paket sup bunjut tulang adabi.
4. Tumis sehingga naik bau.
5. Masukkan air dan apabila air menggelegak, taruk tulang daging, kiub stok ayam, garam dan ajinamoto.
6. Masak sehingga empuk. Apabila masak, taburkan daun sup + daun bawang.

Semlm try masak sup tulang ngam tupperchef wok...1/2 jam dah empuk daging tue...btl la kata kak ella....kejap je...kalau idak, 1 jam blm tentu nk empuk...uhuhuh...

Utk resepi ayam masak merah, leh refer dkt n3 b4 nie k...

No comments:

Related Posts with Thumbnails