Semlm ari sabtu, utk makan tgh ari, aku masak ikan siakap masak stim, telur dadar, sayur kailan grg & ayam msk kicap....exceli ikan msk stim tue, aku msk bg memenuhi hajat hubby nk makang....so pg sabtu, terpacak dkt pasar crk ikan...last2 aku beli ikan siakap sekor....
Masak stim nie senang aje...campak2 je semua bahan then kukus selama 10-15 minit...makan masa panas2 best la...masakan nie elok utk yg jaga kesihatan..leh berpeluh2 mkn...jom tgk resepi ikan siakap masak stim...kirenyer yg nie resepi sendiri la...aku dpt idea masa g makan kat kedai makan dkt keliang...
Bahan2:
2 biji bawang besar - dimayang bulat
2 batang serai - diracik halus
1 inci halia - dipotong halus
2 ulas bawang putih - dipotong halus
1 biji cili merah - dipotong
3 biji cili api - dipotong
1/2 tin cendawan butang - dipotong
sedikit garam
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk
asam keping
Air perahan limau nipis / lemon
1 sudu kecil tepung jagung
sedikit air
Cara2:
1. Sapukan garam & lada hitam ke seluruh badan ikan
2. Taburkan separuh daripada bawang besar, serai, halia dan bawang putih ke dalam loyang.
3. Masukkan ikan dan taburkan baki bawang besar, serai, halia dan bawang putih ke atas ikan.
4. Taburkan cendawan butang, cili merah, cili api dan asam keping.
5. Masukkan air perahan limau nipis / lemon
6. Kacau tepung jagung dengan air. Masukkan air tepung jagung ke dalam loyang. Sekiranya pekat, masukkan lagi sedikit air.
7. Masak ikan dengan periuk kukus selama 10-15 min. Bergantung kepada saiz ikan.

2 comments:
cedihnyer... semua request dari hubby... makanan na yang mana satu ..
hahahha...makanan na..mkn je la ape yg si bob request..psl malas nk msk byk benda nyer psl...uhuhuhu
Post a Comment