Followers

Showing posts with label sup. Show all posts
Showing posts with label sup. Show all posts

Monday, February 20, 2012

Nasi Serai & Ikan Kembung Masak Sambal Campur

Wekend baru nie kami sekeluarga sekadar lepak2 di rumah...time wekend je, mesti pening kepala nk pk nk masak apa kan...bukan senang nk penuhi selera semua org....saya nie walaupon hanya ada 4org dlm umah...tp selera lain2...kena la masak ikut 4 mulut....sop2...

Menu semalam saya masak nasi serai, ikan kembung masak sambal campur, ayam goreng, ikan goreng, sayur pak choy dan sup fish ball & fish cake. Fuhhhh...berderet menunya...exceli nasi serai merupakan percubaan kali ke2....hubby saya mmg suka nasi serai nie...mmg nk update dah lama resepi nasi serai....tp cam biasa la...terperap je la sdhnya...resepi nasi serai sy intai dr umah kak nor secubit garam kat sini...saya ada derhaka skit bahan..mtk ampun ye kak nor...

Nasi Serai
Sumber : Kak Nor Secubit Garam
Resepi : Koalajepong

Bahan2 :
2 1/2 cawan beras
1 biji bawang besar ~ dimayang bulat
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
2 helai daun pandan ~ diikat
4 jenis rempah sekawan
4 btg serai ~ diketuk
1 kiub pati ayam
garam
air secukupnya
1 sudu besar minyak jagung

Cara2 masak :
1. Panaskan minyak jagung dan masukkan bawang besar, bawang putih, daun pandan, 4 jenis rempah sekawan dan serai.
2. Goreng hingga bawang layu dan wangi
3. Masukkan air secukupnya, pati ayam dan garam.
4. Apabila air menggelegak, masukkan beras.
5. Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.

Ikan Kembung Masak Sambal Campur
Resepi : Koalajepong

Bahan2:
3 ekor ikan kembung (sapukan serbuk kunyit dan garam pada ikan dan digoreng)
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
6 biji cili api - dipotong 2
5 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos cli
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
Sedikit air asam jawa
Garam
Ajinamoto

Cara2 masak :
1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk, daun kari, cili api dan halba campur.
3. Apabila garing, masukkan cili boh.
4. Masak sehingga cili boh garing dan naik minyak.
5. Masukkan kesemua sos dan kacau rata.
6. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan ajinamoto.
7. Apabila kuah menggelegak, masukkan ikan.

Sayur Pak Choy
Resepi : Koalajepong

Bahan2:
3 ikat pak choy ~ dipotong sehelai2
6 biji bawang putih - didadu halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu kecil air cuka
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil kicap seasoning (saya guna cap maggi)
Ajinamoto

Cara2 masak :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan sos tiram, kicap, air cuka, minyak bijan, kicap seasoning dan ajinamto.
3. Gaul rata dan masukkan pak choy.

Sup Fish Cake & Fish Ball
Resepi : Koalajepong

Bahan2:
1 batang fish cake ~ dipotong kecil
6 biji fish ball ~ dipotong 3 setiap biji (psssttt...psl kanak2 yg nk mkn...tkt tercekik)
2 biji bawang merah ~ dimayang
2 biji bawang putih ~ diketuk
1/2 kiub pati ayam
Air secukupnya

Cara2 masak :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih hingga layu.
2. Masukkan air secukupnya.
3. Apabila air menggelegak, masukkan pati ayam, fish ball dan fish cake.

Monday, December 12, 2011

Nasi Kuning Berayam

Hari sabtu baru nie saya masak nasi kuning berayam untuk makan tengahari bersama2 ayam masak merah dan sup tulang...semua nie diminta oleh suami...memandangkan suami saya kerja pada hari tersebut, jdknya saya masak lmbt skit...makan tengahari pon dah dkt 4.30pm...muahahha...makan malam pon menu yg sama...jimat masa dan tenaga lagik...

Boleh rujuk sini untuk resepi nasi kuning biasa...di Terengganu, nasi kuning merupakan menu yg biasa dan mudah kalau nk cari...biasanya kat sana makan dengan gulai ikan...tp saya tukarkan lauk-pauknya mengikut anak tekak..hik2...smpi kan lupa nk buat acar timun...tk pe la..kita mkn aje apa yg ada...

Nasi Kuning Berayam
Resepi : Koalajepong

Bahan2 :
3 cawan beras siam - dibasuh dan ditoskan
5 ketul kecil ayam
1 biji bawang besar - dimayang *
2 inci halia - diketuk *
1 batang serai - diketuk *
2 helai daun pandan - disimpul *
1 kuntum bunga lawang *
3 biji cengkih *
3 biji buah pelaga *
1 batang kulit kayu manis *
Air secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Garam
1/3 kiub ayam knorr
1 sudu besar minyak masak

Cara2 masak :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda * smpi naik bau.
2. Kemudian masukkan air secukupnya mengikut sukatan beras.
3. Masukkan garam, serbuk kunyit, kiub ayam knorr dan ayam.
4. Apabila air mengelegak, masukkan beras.
5. Masak sehingga beras masak dan kering.

Sup tulang salah satu antara lauk yg digandingkan dengan nasi kuning berayam...boleh rujuk kat sini...tp kali nie saya letak tulang lbh skit...so bhn2 untuk rencah, boleh lebihkan skit...

Yang ni lak ayam masak merah...semua org pon tau masak lauk yg simple nie...boleh refer kat sini kalau nk tgk resepi k...

Tuesday, November 15, 2011

Sup Tulang

Last week, sempena Hari Raya Haji, kami sekeluarga sambut kat kg halaman saya...kat kg. losong panglima perang, kuala terengganu....perrggghhh..panjang giler nama kampung...org dgr nama kampung pon dah rasa gerun...dulu2 ramai yg suka usik bila dgr nama kampung....nasib2...

Kami bawa skali cuja aka adik ipar balik ganu...lupa nk inform...my MIL & FIL tk de kat kg..diaorg g menunaikan haji...insya-allah selasa depan depe balik...jdknya alang2 kan...boleh la cuja round2 terengganu...nt saya story mory psl jalan2 kat terengganu...

Nama pon raya korban...jdknyer banyak la lembu2 yg jdk mangsa korban...nk wat mcm mana kan..dah smpi masa depe...redha je la jdk lauk pauk...belah terengganu mmg ramai yg wat korban..jdknya kat umah mak saya, mmg byk dapat daging korban...tulang ada gak la skit...dpt la jgk merasa mkn daging + tulang fresh...mekasih semua...kat tnjg malim, agak kesukaran nk dptkan yg fresh..time perayaan baru leh merasa...what to do...

Sebab tue kawan2 kat sini selalu berkata2...kat terengganu mesti meriah time raya haji...exceli ianya akan meriah kalau kita ada buat korban atau kenduri..mcm keluarga saya mmg tk de sgt buat, so tk de la raya sgt..jdk mcm biasa jgk...cuma meriah ngam daging je la...

Kebetulan pakcik saya ada bagi tulang skit...so mr. albob request utk masak sup...tp komen dia utk ari tue..katanyer kurang rempah...mtk ampun ye pak...

Sup Tulang
Resepi : koalajepong

Bahan2 :
1kg tulang - dipotong kecil2
300gm daging - dipotong kecil2
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 biji bawang besar holland - dibelah 4
2 inci halia
1/2 sudu kecil lada hitam
5 biji cili api kampung
2 biji cengkih
2 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 ketul sup bunjut tulang adabi
2 ketul kiub ayam knorr
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Air

Cara2 masak :
1. Tumbuk bawang merah, 3 biji bawang putih dan lada hitam. Ketuk baki bawang putih, cili api dan halia (bahan tumis).
2. Panaskan minyak dan masukkan buah pelaga, cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan tumis.
3. Apabila garing, masukkan air secukupnya.
4. Kemudian masukkan sup bunjut, garam, ajinamoto, kiub ayam, daging dan tulang.
5. Masak tulang dan daging sehingga empuk (psssttt...kalau ada pressure cooker lg best..kejap aje msknya...tgh berangan nie bila la leh dpt).
6. Masukkan bawang besar holland dan biarkan bawang layu.
7. Semasa hidang, boleh tabur daun sup + daun bawang.

Related Posts with Thumbnails