Followers

Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

Monday, February 22, 2010

Mee Hoon Goreng Singapore

Mee Hoon Goreng Singapore
---------------------------------

Bahan2 :
1/2 paket mee hoon - direndam
1/2 mangkuk kecil daging - direbus (nk taruk ayam pon boleh)
1 biji telur
1 sudu kecil lada hitam
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Sedikit ikan bilis
Sedikit sawi - dipotong
1 biji cili merah - dipotong bulat
Sedikit lada sulah
1/2 kiub ayam knorr
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto

Cara2 masak :
1. Tumbuk bawang merah dengan lada hitam dan ikan bilis. Kemudian ketuk bawang putih.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau,
3. Kemudian pecahkan telur dan gaulkan dengan bahan tumbuk tadi.
4. Apabila telur masak, masukkan daging yg telah direbus, garam, ajinamoto dan kiub ayam knorr.
5. Masukkan mee hoon dan gaul rata.
6. Kemudian masukkan lada sulah dan perasakan.
7. Last skali masukkan sawi dan cili merah. Gaul rata dan boleh dihidangkan.


Sunday, June 21, 2009

Menu breakfast

Dari ari jumaat lg baba request nk makang mee goreng...masa tue tk beli cili kering kurang pedas lg....aku ngak tahan lg nk makang cili yg pedas...kuar asap smpi ke lubang telinga...muahhaha...

Jadiknyer, pg ahad br la aku dpt masak kan utk baba mee goreng...utk irfan lak, aku masak mee rebus trg...tp td tk teringat lak nk ambk gambo mee rebus irfan...

Pape pon, hubby ckp letak daging lg sodap berbanding taruk ayam...rase manis daging tuh yg buat mahal....aku idak la letak daging psl hubyy kurang dah la nie makang daging...jom tgk resepi...

Bahan2 :

Mee kuning
3 biji bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - diketuk
2 sudu besar cili mesin
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar sos tiram
1/3 sudu besar kicap
Isi ayam / daging - dipotong kecil & direbus
Sawi
Fish ball - digoreng & dipotong
Fish cake - digoreng & dipotong
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
Sedikit gula melaka /nisan

Cara2 :

1. Masukkan sedikit minyak masak. Apabila minyak panas, masukkan bwg merah dan bawang putih.
2. Apabila naik bau, masukkan cili mesin. Masak sehingga cili mesin garing.
3. Taruk sedikit garam, ajinamoto dan gula melaka.
4. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Gaul rata dan masukkan ayam.
5. Masukkan mee kuning, fish ball, fish cake da sawi. Gaul rata.
Related Posts with Thumbnails