Followers

Showing posts with label udang. Show all posts
Showing posts with label udang. Show all posts

Monday, August 23, 2010

Sambal Petai Udang (Versi Padang)

Uhuuhuhu..sambal petai udang versi padang nie pon dingap pd ari ke11 berpose...mmg giler melantak...baba kata tk leh mkn udang tp dia belasah gak barang 2-3 ekor...hahahha

Sambal Petai Idang (Versi Padang)

Bahan2 tumbuk:
5 biji cili merah (better lebihkan lg cili merah)
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1cm belacan

Bahan2 :
8 ekor udang - digoreng 1/2 masak
6 papan petai - dipotong 2
1/2 keping asam keping
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
Sedikit air

Cara2 masak :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau sebentar.
3. Masukkan garam, ajinamoto dan asam keping.
4. Kemudian masukkan petai dan gaul hingga rata.
5. Last skali baru masukkan udang.
6. Gaul sebentar dan siap untuk dihidang.

Monday, September 7, 2009

Menu Berbuka Pose

Alhamdulillah..ari nie genap 17 ari kite berpose...pejam celik pejam celik, kejap je masa berlalu...nt nk rayer dah..uhuhuhuh...

Bila tgk blog org lain, mcm2 menu yg diaorg duk update...aku angin malas dah dtg blk....tp bila mengenangkan blog aku dah bersawang blk, aku rajinkan diri jgk la update blog...

Hari ke-15 pose iaitu ari sabtu br nie...aku masak ikan siakap masak 1 malaysia @ sweet sour dengan sup daging..muahahha....jap aku tempek resepi...

Ikan Siakap Masak 1 Malaysia @ sweet sour
----------------------------------------------------

Bahan2 :

1 ekor ikan siakap - dilumur dengan serbuk kunyit + garam
3 biji bawang merah - ditumbuk
1 biji bawang putih - ditumbuk
1 biji bawang besar - dimayang bulat
1/2 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar sos thai
1/2 sudu sos tiram
2 sudu besar cili boh
Sedikit nenas tin yg dipotong dadu
1/2 biji buah tomato - dipotong dadu
1 biji cli merah - dipotong panjang (untuk hiasan)
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
Sedikit air asam jawa

Cara2 masak :

1. Goreng ikan siakap hingga masak dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang merah + bawang putih yg telah ditumbuk bersama.
3. Apabila bawang naik bau, masukkan cili boh. Goreng sehingga garing.
4. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos thai dan sos tiram.
5. Gaul rata dan masukkan air asam jawa, garam dan ajinamoto.
6. Apabila pecah minyak, masukkan nenas, buah tomato, cili merah dan bawang besar.
7. Kemudian curahkan kuah di atas ikan.

Exceli saje taruk nama ikan siakap masak 1 m'sia..psl dlm nie pelbagai jenis sos aku pakai..saje nk wat glamour sket..pdhal nama dia masak sweet sour..kah2...

Sup Daging
-------------

Bahan2 :

1 mangkuk kecik daging
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 sudu kecil lada hitam
2 biji cengkih
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 ketul sup bunjut
1 ketul kiub ayam knorr
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Air

Cara2 masak :

1. Tumbuk bawang merah, 1 biji bawang putih dan lada hitam. Ketuk 1 biji bawang putih dan lengkuas (bahan tumis). Biasanya aku taruk halia...tp halia dah hbs stok, aku taruk je lengkuas...muahahha
2. Panaskan minyak dan masukkan buah pelaga, cengkih, kulit kayu manis dan bahan tumis.
3. Apabila garing, masukkan air secukupnya.
4. Kemudian masukkan sup bunjut, garam, ajinamoto, kiub ayam dan daging.
5. Masak daging sehingga masak. Semasa hidang, boleh tabur daun sup + daun bawang...

Utk hari ke-16 pose, aku masak kerabu kangkung + ayam masak merah...nt korang tgk je la dkt ruangan resepi yer...then lg 1 tmbh...aku saje try masak kek buah...psl ari tue kak ipar ada tanyer mcm mana rase kek buah...jdknyer aku pon menggedik buat....

Resepi kek buah, korang leh refer dkt yatie's cooking ..aku mmg suka cilop resepi dr blog kak yatie...meacih yer kak yatie bg ina cilop resepi...bg aku, kek buah nie ok la...tk muak...

Hari nie lak iaitu hari ke-17...aku masak sambal petai udang, ayam masak kicap, ikan sardin@selayang goreng, kerabu kangkung...then kebetulan lak rezeki melimpah ruah bila kak nurul lak kasik nasi beriani dengan daging rebus, dalca daging + air asam..kak nor blkg umah lak kasik ketupat palas...

Dengan aku lak goreng fries dan nuget...bayangkan la punya belambak makanan...tk berhabisan pon...uhuhuhuh...meh aku share masak sambal petai udang versi aku...

Sambal Petai Udang
------------------------

Bahan2 :


1 mangkuk udang
6 papan petai - dipotong 2
3 sudu besar cili boh
3 biji bawang merah - ditumbuk
1 biji bawang putih - ditumbuk
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
2 sudu besar santan pekat
Sedikit belacan
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji cili merah - dipotong panjang

Cara2 masak :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yg ditumbuk bersama.
2. Apabila bawang naik bau, masukkan cili boh.
3. Kemudian apabila cili garing, masukkan santan pekat.
4. Apabila naik minyak, masukkan air asam jawa, belacan, garam dan ajinamoto.
5. Masukkan udang dan biarkan seketika.
6. Kemudian masukkan petai, cili merah dan bawang besar.
7. Siap untuk dimakang...

Related Posts with Thumbnails