Followers

Monday, August 23, 2010

Sambal Telur Pecah

Resepi nie aku blaja dr mak mertua...kebanyakan masakan sambal mak mertua letak santan skit..kecuali kalau sambal ikan tk taruk la...aku msk time sahur ari ke12...kalau nk taruk belacan pon boleh...tp aku tk letak...

Sambal Telur Pecah

Bahan2 tumbuk:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan2:
2 biji telur
3 sudu besar cili mesin
2 sudu santan pekat
Air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
1 mangkuk kecil air

Cara2 masak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili mesin dan tumis sehingga garing.
3. Apabila cili mesin garing, masukkan santan pekat. Biarkan sebati sekejap.
4. Masukkan garam dan ajinamoto.
5. Kemudian masukkan air asam jawa dan air.
6. Pecah telur sebiji demi sebiji (jarak2kan).
7. Masak sehingga telur masak.

Kerutub Ayam

Exceli aku dah bunti nk masak ayam nie..psl tiap2 ari ada menu ayam..last2 call mak tanyer resepi kerutun ayam..dah lama tk msk kerutub..last skali masa bujang...hahahha..yg nie pon menu utk ari ke11 pose...

Kerutub Ayam

Bahan2 tumbuk:
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2cm halia
1cm lengkuas
2cm kunyit hidup
2 batang serai
2cm belacan

Bahan2:
12 ketul ayam
2 sudu besar rempah kari ayam baba's (kalau ada rempah kerutub lg bgs)
5 sudu besar santan pekat
3 sudu besar cili boh
1 sudu besar kerisik
1 batang serai - diketuk
2 bji cili hijau - dipotong 3
2 biji bawang besar - dipotong 4
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
Sedikit air
Sedikit air asam jawa

Cara2 masak:
1. Gaul rempah kari ayam, 2 sudu besar santan pekat dan bahan tumbuk.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yg digaul sehingga naik bau serta rempah garing.
3. Kemudian masukkan cili boh, kerisik dan serai.
4. Apabila cili boh masak, masukkan baki santan pekat.
5. Kemudian tunggu santan masak dan masukkan air asam jawa.
6. Masukkan air secukupnya.
7. Selepas itu, masukkan ayam, garam dan ajinamoto.
7. Masak sehingga pecah minyak.
8. Masukkan cili hijau yg dipotong memanjang dan bawang besar utk hiasan.

Sambal Petai Udang (Versi Padang)

Uhuuhuhu..sambal petai udang versi padang nie pon dingap pd ari ke11 berpose...mmg giler melantak...baba kata tk leh mkn udang tp dia belasah gak barang 2-3 ekor...hahahha

Sambal Petai Idang (Versi Padang)

Bahan2 tumbuk:
5 biji cili merah (better lebihkan lg cili merah)
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1cm belacan

Bahan2 :
8 ekor udang - digoreng 1/2 masak
6 papan petai - dipotong 2
1/2 keping asam keping
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
Sedikit air

Cara2 masak :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau sebentar.
3. Masukkan garam, ajinamoto dan asam keping.
4. Kemudian masukkan petai dan gaul hingga rata.
5. Last skali baru masukkan udang.
6. Gaul sebentar dan siap untuk dihidang.

Sayur Campur Bersos

Nie menu ari ke11 jgk...sayur goreng bersos.....yeehaaaa...

Sayur Campur Bersos

Bahan2:
1 keping ayam - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dipotong bulat
2 biji bawang putih - diketuk
1/3 lobak merah - dipotong memanjang
2 batang jagung muda - dipotong serong
2 pokok sawi - dipotong
2 helai kobis panjang - dipotong
2 pokok sawi cina (tk tau nama ape) - dipotong
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil kicap manis
1 sudu kecil sos cili
1 sudu kecil sos tomato
Sedikit ajinamoto
Sedikit garam

Cara2 masak :
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan gaul sebentar.
3. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, kicap manis dan sos tiram.
4. Tunggu sehingga ayam masak.
5. Masukkan lobak merah dan jagung muda.
5. Gaul rata dan masukkan garam serta ajinamoto.
6. Last skali masukkan kobis panjang, sawi cina dan sawi. Gaul sekejap saja.

Related Posts with Thumbnails