Followers

Tuesday, October 18, 2011

Apam Polka Dot

Alhamdulillah...akhirnya dapat juga nk coretkan mengenai resepi yg pernah saya cuba...resepi nie saya refer drpd kak hana...rasanya dah ramai yg cuba..apam polka dot...tk kisah la kalau dah ketinggalan ketapi pon...ekekeke...saya letak jgk resepi untuk rujukan saya di masa2 akan dtg...

Memandangkan ada permintaan drpd kwn2, jdknya apam polka dot nie menjadi salah satu business part time saya...bersyukur padaNYA jua...

Apam Polka Dot
Sumber : Kak Hana
Olahan :
Koalajepong


Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) - biasa saya guna filling coklat cip, blueberry, strawberry
  • Pewarna
  • 1/2 sudu kecil esen vanila - saya tambah
  • 1/2 sudu kecil esen ros - saya tambah
Cara-cara
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang dengan kelajuan maxima.
  2. Kemudian masukkan esen vanila dan esen ros. Pukul sekejap.
  3. Masukkan ovallete dan pukul hingga sebati.
  4. Tepung gandum diayak dgn baking powder. Masukkan tepung yg diayak secara bergilir dgn susu segar ke dalam adunan sehingga habis.
  5. Pukul sehingga adunan sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  7. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  8. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  9. Picitkan blueberry filling (pape filling yg menjadi pilihan) secukupnya.
  10. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan atau corak seperti ladybird, lebah atau sebarang corak mengikut kreativiti masing2.
  11. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 15-20 minit.
NOTE dr Hana :
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
NOTE dr Koalajepong :
  • Penutup kukusan diikat dgn kain bersih bagi mengelakkan titisan air masuk ke dalam loyang pengukus.
  • Makin lama dipukul, apam makin gebu

Kat bawah ni ada beberapa edisi apam yg pernah kawan2 order..tq semua...ada yg tk sempat nk ditangkap gambar...kalutnya pasal...

Corak polka dot, ladybird dan lebah..tk bape nk cantik...sop2...
Apam nie 1st time buat...

Warna-warni...tampak ceria...

Ada opismate order corak ketupat time jamuan raya ari tue...tq ye syikin...

3 comments:

Ina said...

tomei2...nnt klu bkesempatan leh order...

KOALAJEPONG said...

bules je...insya-allah

White Rose said...

akak..acuan lompang yg color merah tu ade byk saiz ke?

Related Posts with Thumbnails