Kerutub Ayam
Bahan2 tumbuk:
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2cm halia
1cm lengkuas
2cm kunyit hidup
2 batang serai
2cm belacan
Bahan2:
12 ketul ayam
2 sudu besar rempah kari ayam baba's (kalau ada rempah kerutub lg bgs)
5 sudu besar santan pekat
3 sudu besar cili boh
1 sudu besar kerisik
1 batang serai - diketuk
2 bji cili hijau - dipotong 3
2 biji bawang besar - dipotong 4
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
Sedikit air
Sedikit air asam jawa
Cara2 masak:
1. Gaul rempah kari ayam, 2 sudu besar santan pekat dan bahan tumbuk.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yg digaul sehingga naik bau serta rempah garing.
3. Kemudian masukkan cili boh, kerisik dan serai.
4. Apabila cili boh masak, masukkan baki santan pekat.
5. Kemudian tunggu santan masak dan masukkan air asam jawa.
6. Masukkan air secukupnya.
7. Selepas itu, masukkan ayam, garam dan ajinamoto.
7. Masak sehingga pecah minyak.
8. Masukkan cili hijau yg dipotong memanjang dan bawang besar utk hiasan.
No comments:
Post a Comment