Followers
Monday, August 23, 2010
Kejap je 3 Bulan
Ari sabtu malam baru nie iyad demam...idak la panas mana...tp taik mata byk arr kuar..bertepek...maybe panas dlm la kot...pastue tapak kaki +tgn dia berpeluh...tk pernah lg la mcm tue...yg paling tk tahan dia meragam + nagis je malam tue...bagi susu pon dia tk bo..iyad kalau dah nagis mmg dia meraung sekuat hati la...kalau tk masa dkt spital ari tue, idak la nurse panggil dia pak haji....
Dek kerana kami dah tk tau nk buat mcm mana, aku suggestkan dkt baba suh byk iyad jejln naik keta malam2...masuk2 keta je terus tido senyap...dah round smpi ke upsi, kami pon blk umah...letak je atas tilam, ngamuk balik...waaaaa...tk kan la nk round lg dik..tk ke haru nt 4 banak tido dlm keta...esok pagi semua keras kejong...muahahha...
Last2 baba pujuk sambil tepuk2...baru la dia mau tido..itupon masa iyad tido aku dah slamat tido...aku lak over tk sedo apa dah...adeh2..penat nyer psl...
Gamaknyer iyad nk beralih bulan kot...tk pon nk dpt pape perkembangan...akal pon mcm2...irfan dulu idak ler ngamuk sakan...hbs kuat pon dia merengek biasa je + cirit...ari nie taik mata masih ada lg skit2...hrp2 nyer cpt baik yer iyad...
Susu Ibu Tidak Akan Kering
Susu ibu tidak akan kering (Petikan drpd Kosmo 20/08/2010)
izza.rosly@kosmo.com.my
UMUM mengetahui mengenai kebaikan susu ibu yang mengandungi antibodi melindungi bayi daripada serangan penyakit. Jika beberapa tahun lalu, menyusu badan tidak dilihat sebagai trend, kini kian ramai para ibu cenderung mempraktikkannya demi kelestarian kesihatan si kecil.
Tidak timbul lagi soal malu atau segan menyusukan anak di khalayak ramai, walaupun ada mata-mata nakal mencuri pandang.
Namun, bagi ibu yang menyusukan bayi buat pertama kali kedatangan bulan Ramadan menimbulkan sedikit kegusaran kerana khuatir pengeluaran susu berkurangan malah, mungkin tiada susu yang dapat dikeluarkan kerana menjalani ibadah puasa.
"Memang ada segelintir ibu yang berasa bimbang jika tidak dapat menghasilkan susu badan sebanyak seperti hari-hari biasa.
"Tetapi sebenarnya, para ibu tidak perlu gusar kerana penghasilan susu akan tetap sama jika aktiviti pengurusan penyusuan ibu itu dijalankan seperti normal dan ia menjadi amalan berterusan," kata Zatul Hijanah Ramzi.
Elak tertekan
Menurut Zatul Hijanah yang merupakan Kaunselor Laktasi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), tanggapan sesetengah ibu mengenai susu badan akan kering ketika berpuasa adalah tidak benar.
"Walaupun kita tidak makan dan minum pada siang hari, ia tidak bermakna ibu tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk keperluan bayi," ujarnya.
Terang beliau, ini kerana ibu masih lagi mengambil makanan dan minuman pada waktu malam iaitu selepas berbuka dan sehingga waktu Imsak.
Bagaimanapun, tegas Zatul Hijanah, seseorang ibu tidak seharusnya mengelakkan atau mengambil mudah amalan bersahur kerana ia adalah bekalan tenaga dan air untuk tubuh ibu sepanjang hari.
"Seseorang ibu seharusnya meminum air yang mencukupi selepas berbuka sehingga waktu Imsak. Sekiranya tidak bersahur dan kekurangan air, tubuh ibu akan mengalami dehidrasi yang boleh menjadi penyebab kepada kurangnya penghasilan susu," jelas beliau.
Bagaimanapun katanya, wanita tidak seharusnya terlalu memikirkan mengenai ibadah puasa yang akan menyebabkan mereka kekeringan susu kerana kebimbangan melampau sehingga menyebabkan stres yang sebenarnya boleh mendorong kepada kemerosotan kuantiti susu badan.
Jelas beliau penghasilan susu boleh merosot bukan disebabkan ibadah berpuasa, sebaliknya kerana stres yang dialami oleh ibu sehingga menghalang refleks ejeksi susu atau let down. Oleh itu, ibu perlu bertenang dan menjalani rutin harian seperti biasa.
Jangan putus asa
Malangnya bagi ibu yang beranggapan susu akan berkurangan sewaktu berpuasa, akan mula ragu-ragu dengan kebolehan mereka untuk terus membekal dan menghasilkan kuantiti susu yang banyak.
Disebabkan tanggapan itu, ada ibu yang mula berputus asa apabila melihat kuantiti susu agak berkurangan pada hari pertama berpuasa sehingga menyebabkan mereka mula mengurangkan aktiviti mengepam susu badan. Malah, ada ibu yang berhenti terus daripada berbuat demikian. Jika anda mengambil tindakan seperti itu, maka penghasilan susu akan semakin berkurangan kerana kurangnya permintaan.
"Badan kita ini unik kerana dalam proses penyusuan sebenarnya faktor dan konsep 'permintaan dan penawaran' adalah amat penting.
"Semasa proses penyusuan, hormon-hormon seperti prolaktin dan oksitosin akan terlibat. Prolaktin adalah hormon yang menghasilkan susu dan oksitosin pula merupakan hormon yang merembeskan keluar susu ibu. Namun begitu, terdapat satu lagi faktor yang berkait rapat dengan konsep permintaan dan penawaran tadi. Hormon yang dimaksudkan ialah Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) yang juga merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu yang berkumpul dalam payu dara ibu," jelasnya.
FIL memberi tindak balas secara negatif kepada proses penghasilan susu. Apa yang dimaksudkan dengan tindak balas negatif tersebut?
FIL akan mula berkumpul dalam payu dara apabila kurangnya rangsangan dan payu dara tidak dikosongkan dengan betul (hanya sedikit susu yang dikeluarkan daripada payu dara). Tidak kiralah sama ada kekurangan rangsangan itu daripada kurangnya hisapan oleh bayi atau pun kurangnya aktiviti mengepam keluar susu sewaktu bayi tidak bersama ibu.
Tahap FIL yang tinggi ini akan mula memberikan isyarat agar penghasilan susu perlu dikurangkan kerana kurangnya permintaan.
"Ia akan menjadi sebaliknya pula jika payu dara sering dikosongkan. Peratusan FIL dalam payu dara akan menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu perlu dihasilkan oleh ibu.
|
|
"Oleh itu, susukan bayi dengan kerap dan bagi ibu yang bekerjaya atau pun yang berjauhan dengan bayi pula, jangan lupa untuk mengepam susu pada setiap dua jam atau tiga jam sekali," jelasnya.
Terang beliau, kaum ibu juga tidak perlu bimbang mengenai zat dan nutrien dalam susu badan sepanjang bulan Ramadan.
Berlatih sejak Syaaban
Sementara itu, wanita yang bakal menimang cahaya mata kelima, Kartina Md. Khalid, 37, memberitahu, pengalaman menyusukan bayi pada bulan Ramadan adalah agak sukar dan mencabar kerana badan mudah menjadi letih.
"Apa yang saya lakukan adalah mengambil makanan yang seimbang dan mengatur program pemakanan sendiri. Apabila bekerja, saya akan mengepam susu untuk anak saya.
"Pada dua minggu terakhir Syaaban, saya melatih diri saya supaya kurangkan makan tengah hari dan dalam masa yang sama mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya yang merupakan penterjemah dan penyunting sambilan.
Tambahnya, menyusukan anak lelaki lebih mencabar dan ibu memerlukan lebih banyak tenaga. Untuk itu si ibu perlu makan nasi yang banyak ketika bersahur manakala bagi anak perempuan pula, si ibu boleh mengurangkan pengambilan nasi tetapi melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
"Para ibu tidak perlu risau kerana susu badan sentiasa ada. Ibu perlu mencari rentak badan sendiri. Pada awal Ramadan memang meletihkan terutamanya pada tiga hari pertama berpuasa.
"Kita akan lihat perbezaan kuantiti dan kualiti pada bulan puasa. Apa yang perlu dilakukan adalah ubah corak pemakanan dengan minum lebih banyak air dan pam susu dengan lebih kerap," ujarnya.
Tegas Kartina, jangan sekali-kali berhenti menyusukan anak kerana jika permintaan susu kurang, pengeluaran akan turut merosot.
Sambal Telur Pecah
Sambal Telur Pecah
Bahan2 tumbuk:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Bahan2:
2 biji telur
3 sudu besar cili mesin
2 sudu santan pekat
Air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
1 mangkuk kecil air
Cara2 masak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili mesin dan tumis sehingga garing.
3. Apabila cili mesin garing, masukkan santan pekat. Biarkan sebati sekejap.
4. Masukkan garam dan ajinamoto.
5. Kemudian masukkan air asam jawa dan air.
6. Pecah telur sebiji demi sebiji (jarak2kan).
7. Masak sehingga telur masak.
Kerutub Ayam
Kerutub Ayam
Bahan2 tumbuk:
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2cm halia
1cm lengkuas
2cm kunyit hidup
2 batang serai
2cm belacan
Bahan2:
12 ketul ayam
2 sudu besar rempah kari ayam baba's (kalau ada rempah kerutub lg bgs)
5 sudu besar santan pekat
3 sudu besar cili boh
1 sudu besar kerisik
1 batang serai - diketuk
2 bji cili hijau - dipotong 3
2 biji bawang besar - dipotong 4
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
Sedikit air
Sedikit air asam jawa
Cara2 masak:
1. Gaul rempah kari ayam, 2 sudu besar santan pekat dan bahan tumbuk.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yg digaul sehingga naik bau serta rempah garing.
3. Kemudian masukkan cili boh, kerisik dan serai.
4. Apabila cili boh masak, masukkan baki santan pekat.
5. Kemudian tunggu santan masak dan masukkan air asam jawa.
6. Masukkan air secukupnya.
7. Selepas itu, masukkan ayam, garam dan ajinamoto.
7. Masak sehingga pecah minyak.
8. Masukkan cili hijau yg dipotong memanjang dan bawang besar utk hiasan.
Sambal Petai Udang (Versi Padang)
Sambal Petai Idang (Versi Padang)
Bahan2 tumbuk:
5 biji cili merah (better lebihkan lg cili merah)
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1cm belacan
Bahan2 :
8 ekor udang - digoreng 1/2 masak
6 papan petai - dipotong 2
1/2 keping asam keping
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
Sedikit air
Cara2 masak :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau sebentar.
3. Masukkan garam, ajinamoto dan asam keping.
4. Kemudian masukkan petai dan gaul hingga rata.
5. Last skali baru masukkan udang.
6. Gaul sebentar dan siap untuk dihidang.
Sayur Campur Bersos
Sayur Campur Bersos
Bahan2:
1 keping ayam - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dipotong bulat
2 biji bawang putih - diketuk
1/3 lobak merah - dipotong memanjang
2 batang jagung muda - dipotong serong
2 pokok sawi - dipotong
2 helai kobis panjang - dipotong
2 pokok sawi cina (tk tau nama ape) - dipotong
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil kicap manis
1 sudu kecil sos cili
1 sudu kecil sos tomato
Sedikit ajinamoto
Sedikit garam
Cara2 masak :
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan gaul sebentar.
3. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, kicap manis dan sos tiram.
4. Tunggu sehingga ayam masak.
5. Masukkan lobak merah dan jagung muda.
5. Gaul rata dan masukkan garam serta ajinamoto.
6. Last skali masukkan kobis panjang, sawi cina dan sawi. Gaul sekejap saja.
Ikan Masak Asam Pedas Rebus
Ikan Masak Asam Pedas Rebus
Bahan2 tumbuk:
3 bjij bawang merah
2 biji bawang putih
2cm kunyit hidup
Bahan2:
1 1/2 ekor ikan kerisi - dipotong 2
1 genggam daun kesum
1 batang bunga kantan - dipotong 4
1 sudu besar asam jawa (biji2)
2 sudu besar cili boh
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
2 mangkuk besar air
Cara2 masak:
1. Didihkan air.
2. Kemudian masukkan ikan, bahan tumbuk, cili boh, bunga kantan, daun kesum, asam jawa, garam dan ajinamoto.
3. Masak sehingga ikan masak.
Friday, August 20, 2010
Reti Demand Plak
Lps dah hbs pantang n dah balik semula ke tanjong malim, aku ajar balik iyad minum susu ibu...langsung dia tk bape nk susu tepung...bila dah anto ke taska, ada la aku bekalkan susu perah..tp still tk ckp utk tampung keperluan iyad..jdknyer aku still bekalkan susu tepung di taska...
Ruper2nyer iyad nie demand...1st week anto kat taska lg dia tk bo minum susu dutch lady..keje ngamuk je...tp tue la..br dlm minggu nie kami dapat tau semua tue..so start ari selasa ari tue, dah tukar ke susu bebelac plak...1 tin seberat 400gram berharga rm20.90...leh dpt susu abg irfan 1kg...bab kata baba..iyad pandai nk susu mahal plak lanie...cam tau2 je...tp tk kisah la...janji iyad tk mengamuk sakan udah la yer dik...
Patut la aku perasan...start last week iyad cam bad mood je..bila ajak sembang, dia tk nk pandang muka kita...asyik paling ke lain je...cam ada masalah je...nk ckp tp tk leh lg...hehehe...start tukar susu, galak je bila ajak sembang..mmg berbeza la keadaan dia...uhuhuuhu....
Ikan Kembung 3 Rasa Ala Thai
Exceli my hubby request suh msk ikan siakap merah utk 3 rasa ala thai nie..tp mcm mana la aku g msk sweet sour..so ari ke8 br leh msk..itupon dia mkn skit je...cian plak..kena pantang mkn ikan psl my hubby kena gout..dah kurang skit nikmat mkn...
Tapi serius cakap..masak 3 rasa ala thai nie mmg cpt je siapnyer..psl sos thai tue tk perlu nk tgg smpi garing dan pecah minyak...
Ikan Kembung 3 Rasa Ala Thai
Bahan2:
1 ekor ikan kembung - digoreng terlebih dahulu
2cm halia - dihiris memanjang
2 biji bawang putih - diketuk
1 biji cili merah - dipotong serong
4 biji cili api - dibelah 2
1 mangkuk kecil sos thai cap ayam jantan (yg ada biji byk2...sos nie mmg dr thailand)
1 sudu besar sos thai kimball
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
Air secukupnya
Cara2 masak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia.
2. Apabila naik bau, masukkan sos thai cap ayam jantan, sos thai kimball dan air secukupnya.
3. Kemudian masukkan garam, ajinamoto, cili api dan cili merah.
4. Masukkan ikan kembung dan gaul rata.
Nasi Goreng Maktok
Nasi Goreng Maktok
Bahan2:
2 mangkuk kecil nasi
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2-3 biji cili merah
2cm belacan
1 sudu kecil kicap manis
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
Cara2 masak :
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, belacan dan cili merah (psst...aku lg suka tumbuk dr blender..sbb lg kick)
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga agak garing.
3. Kemudian masukkan telur dan gaul hancur telur.
4. Masukkan nasi, kicap manis, garam dan ajinamoto.
5. Gaul hingga nasi rata dan sedia utk dingap...
Ayam Sambal Marvellous
So ari tue aku ada jupe resepi ayam msk marvellous dkt umah kak dayang jack (DJ)...so utk bukak pose ari ke7, aku msk lauk nie...hubby kata sedap sgt...heheheh..dia suka la tue...tp aku ada ubah2 skit la cara msk ikut cara aku....kalau nk tgk resepi asal, leh tgk sini k..mtk ampun yer kak DJ...
Ayam Masak Marvellous
Bahan2:
6 ketul ayam - digoreng terlebih dahulu
2 sudu besar cili boh
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil kicap manis
1 sudu besar rempah kari ayam
2 tangkai daun kari
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
Air asam jawa
Bahan2 tumbuk :
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1cm halia
1 batang serai
1 biji cili merah
1cm belacan
Cara2 masak:
1. Bahan tumbuk digaul rata dengan rempah kari ayam (bahan A).
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan A dan daun kari.
3. Tumis sehingga garing dan pecah minyak.
4. Masukkan cili boh dan tumis sehingga cili masak.
5. Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis, garam dan ajinamoto.
6. Kacau sebentar dan masukkan air asam jawa serta air secukupnya.
7. Last skali masukkan ayam dan gaul hingga rata.
Pasangan Adik Beradik
Abg irfan sonok kemain leh riba adik...adik ala2 malu gt...
Abg irfan senyum...tp adik masam je...tgk ape tue dik oooo...
Nape nie dik...cedey je muka...lapar susu ek...
Iyad BerCD
Kalau mlm plak aku pakaikan 2 insert...tp masa tue bocor psl pakai smpi 8jam...so next time kena bgn la utk tkr...psl iyad nie kuat kencing jgk...depends pd bb la..kalau tk kuat kencing, rasenyer tk bocor...
Ari senin lak aku try bwk 2 set CD utk pakai kat taska...tp ntah la..owner taska mcm tk nk je...ptg tue dia siap jupe aku nk ckp psl CD nie..dia ckp pd dia ok..tp kesian dkt iyad..dia ckp iyad cam tk selesa je..nt tkt terbantut perkembangan dia psl CD tue nt jdk berat...so ssh nk bergerak...pdhal b4 nie aku tanyer, dia ckp ok je kalau nk anto...ckp berbelit plak...poning den...
Eemmm...so buat masa skarang nie, aku stop dulu anto taska...just pakai kat umah je dulu..nt bila aku rase dah ok, aku anto balik...malas nk komen byk...
Korang tgk iyad selesa ke tk pakai CD? pd aku cam ok je..dia selesa je time tido n duk baring2...cuma nmpk gedabak besar je la...
Thursday, August 19, 2010
Sup Sayur
Sup Sayur
Bahan2:
2 biji bawang merah - dihiris
2 biji bawang putih - diketuk
Bunga kobis - dipotong kecil
3 batang jagung muda - dihiris serong
1 biji cili merah - dipotong bulat
3 ketul ayam - dipotong kecil
1/2 kiub ayam knorr
1/2 sudu kecil lada sulah
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
Air secukupnya
Cara2 masak :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kuar bau.
2. Masukkan ayam dan gaul sebentar.
3. Kemudian masukkan air secukupnya.
4. Masukkan kiub ayam, ajinamoto, garam dan lada sulah.
5. Apabila ayam dah masak, masukkan jagung muda, lobak merah dan cili merah.
6. Siap untuk dimakan.
Nasi Kuning
Masa masak semua menu utk bukak pose nie, rase ringan je bdn walaupon realiti nyer mengandungi lemak tepu yg byk...muahahaha...cam nk terbang pon ada sbb kejar masa kan...ari tue mmg tk g bazar ramadhan pon..just bhenti dkt pasar mlm jap beli buah...
Ayam Masak Merah
So lmbt jgk la aku leh msk petang tue...mujur ada baba pujuk iyad...iyad tertido kat atas bahu baba je...lotih nagis gamaknyer...dkt2 kul 6pm br aku leh msk dapur...ngam ujan lebat lg masa tue...demi my hubby, ku redah jgk kuar umah ambk serai...
Petang tue aku masak nasi kuning, ayam msk merah + sup sayur...jom layan...
Ayam Masak Merah
Bahan2:
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 inci halia - ditumbuk
2 sudu besar cili mesin
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
1 biji cili merah - belah 3
Cara2 masak:
1. Panaskan minyak ke dalam kuali. Apabila minyak panas, masukkan bawang merah, halia dan bawang putih yg telah ditumbuk bersama.
2. Masukkan serai dan tumis sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan cili mesin dan tumis sehingga garing.
4. Apabila cili mesin garing, masukkan sos tomato dan sos cili.
5. Masukkan garam dan ajinamoto.
6. Kemudian apabila sos garing, masukkan air asam jawa secukupnya.
7. Masukkan ayam dan gaul rata.
8. Last skali, taruk cili merah untuk hiasan.
Shoping Rayer
Kalau kuar ngam hubby aku, dia mmg jenis suka kuar pagi2...lg2 kalau nk ke sogo...time dkt nk rayer nie lg la kan..so dlm kul 9am gt, kitaorg gerak dr umah..smpi2 sogo dlm kul 10am++ skit..masa nie parking masih byk lg...kitaorg crk parking dkt ngam escalator...
Smpi2 tue terus g tingkat 7, bhgn customer service...nk g renew blk sogo card aku..dah expired bln 1 ari tue...kena bayo rm24 utk renew selama 2thn..b4 nie 1 thn je...dpt la goody bag...so idak ler rase nk marah sgt...b4 trn, sempat lg kami anak beranak posing dkt foyer..ngeh2
Iyad tgh posing ngam ring sling...mmg mdh la nk berjln..tk yah nk ngusung stroller...jimat ruang dlm keta...leh letak brg shoping byk kan baba...muahahha
Turn aku lak ngam irfan...hehehhe...skali ngam goody bag sogo berposing...
Tetiba terselit gambo iyad...layan je la
Bila my hubby kata nk suh aku beli beg, rase nk melompat je..kang terburai lak isi peyot kat situ...terus rambang mata nk pilih...hubby suh beli 2 beg...1 beg jejln...1 lg beg g kojer...alhamdulillah..meacih again to my laling...
Iyad smpi tido duk tgg ibu dia pilih beg...what to do..dkt bhgn beg saja, dkt 1 jam lbh aku duk bertapa pilih...hhahahaha
Yg mana ni nk rembat...
Cantik tk yg nie baba? Masa mengetest beg, sonok la lg psl org tk ramai lg..so boleh la nk round 40x pusingan pon...
Yg nie pon lawa...tp space dia kecik lak kat bhgn dlm...
Ketaq tgn nk byr...waaaa...
Mana kad plastic nie..tk mo kuar plak...
Sempat lg baba posing ngam iyad sementara aku duk que utk byr...
Cuba la bwk senyum iyad...
Lps dah hbs shoping bag, kitaorg naik lak tingkat 6, bhgn kanak2 plak...crk bj rayer utk iyad + irfan...masa nie tgh test pakai seluar utk irfan...hbs seluar + kasut irfan aku bukak...gamaknyer irfan malu org tgk dia tinggal pampers, dia siap ckp...ibu..tk muat..tk muat la...hahahha...gasak la irfan oooo...
Aku smpi pening nk pilih psl org dah mula ramai...last2 dpt la bj rayer utk bdk2 nie..loga den....
Sementara aku pilih baju, iyad, irfan + baba melepak dkt area lif...mujur la iyad tk ngamuk...good boy....
Bayangkan kami kuar dr sogo kul 2.30pm kot...hahahha...kalau ikutkan aku nk merayap ke jln TAR...tp disbbkan penat bangat, rasenyer tk sanggup nk redah ke sana...ngam pose lg..kalau tk pose, gagah jgk nk jln..lain kali la yer baba...
Ikan Siakap Merah Masam Manis
Ikan Siakap Merah Masam Manis
Bahan2:
2 keping ikan siakap merah - digoreng terlebih dahulu (gaul serbuk kunyit dgn garam)
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji cili merah - dipotong panjang
1 biji buah tomato - dipotong dadu
5 biji cli api - dipotong bulat
1/4 biji lada benggala warna kuning - dipotong panjang
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
3 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu besar sos ikan nampla
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit ajinamoto
Cara2 masak :
1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih.
2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing dan naik bau.
3. Masukkan cili boh, garam dan ajinamoto. Tumis sehingga garing.
4. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan nampla.
5. Gaul rata dan masukkan air asam jawa dan air secukupnya.
6. Masukkan buah tomato, cili merah, cili api dan lada benggala.
7. Tuangkan kuah di atas ikan siakap merah yg telah digoreng.